My Add

Wednesday 28 August 2013

Palanivel kekal Ahli Parlimen Cameron Highlands

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Barisan Nasional (BN) kekal memiliki kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri G. Palanivel dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Datuk Umi Khaltum Abdul Majid membuat keputusan tersebut ketika membatalkan petisyen yang difailkan calon DAP, M. Manogaran dan memerintahkan supaya beliau selaku pempetisyen membayar kos RM40,000 kepada Palanivel.

Presiden MIC itu, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan SPR mengemukakan bantahan awal terhadap petisyen yang dikemukakan oleh Manogaran untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada pilihan raya itu, Palanivel, 67, memperoleh majoriti tipis 462 undi terhadap pencabar utama, Manogaran, 53, bekas ahli Parlimen Teluk Intan dari parti DAP.

Antara alasan yang dikemukakan Palanivel yang dinamakan sebagai responden pertama, adalah petisyen tersebut tidak mematuhi kehendak yang ditetapkan di bawah peruntukan Seksyen 32 (b) atau (c) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 (EOA). - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment