My Add

Thursday 29 August 2013

Lagi desak Anthony kemuka salinan surat kepada ROS

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook terus didesak supaya mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membuktikan surat tersebut benar-benar wujud.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ampang, Amizan Man berkata, tindakan itu wajar dilakukan Anthony kerana ia melibatkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap pakatan pembangkang.

"Ini penting kerana beliau (Anthony) sendiri membuat pengakuan pada 19 Ogos 2012 bahawa beliau mahu mengemukakan surat asal kepada ROS yang ditandatangani oleh para perwakilan tersebut sebelum pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember 2012.

"Jika beliau enggan mengemukakan salinan surat itu kepada ROS, orang ramai akan menganggap dia sebagai seorang pemimpin pembohong dan penipu.

"Sekiranya beliau gagal mengemukakan salinan surat itu dalam tempoh seminggu, kita mendesak beliau untuk meletak jawatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Anthony mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada ROS dalam tempoh seminggu ini.

Dalam nada kesal, Amizan menempelak Anthony agar berhenti dari terus bersandiwara berhubung perkara tersebut.

Katanya, Anthony wajar memaklumkan perkara sebenar secara ikhlas sama ada surat berkenaan benar-benar wujud atau tidak.

"Pakatan pembangkang yang memperjuangkan ketelusan dan keadilan akan menerima kesan buruk berhubung perkara ini termasuk menjejaskan imej PKR," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment