My Add

Thursday 29 August 2013

Mohd. Puad sedia terima cabaran

BATU PAHAT, RABU, 28 Ogos, 2013: Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi bersedia menerima sebarang cabaran bagi kerusi yang disandang sekiranya terdapat ahli parti ingin merebut jawatan itu pada pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, proses pertandingan merebut kerusi Ketua UMNO Bahagian adalah terbuka kerana merupakan cara demokrasi yang memberi hak mutlak kepada ahli parti.

Menurutnya, walaupun tiada ahli yang tampil dan menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan itu, namun itu bukan satu kemenangan awal baginya.

“Setakat ini, tiada ahli yang tampil menyuarakan hasrat untuk bertanding bagi kerusi Ketua UMNO Bahagian, tetapi masa masih panjang dan mereka yang ingin bertanding boleh membuat keputusan dengan terus mengisi borang.

“Walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, namun tidak bermakna saya tidak mempunyai kekuatan untuk bertanding kerana semasa dipilih menjadi ketua bahagian dulu saya juga bukan wakil rakyat," kata bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment