My Add

Thursday 1 August 2013

Lukman Ibrahim letak jawatan Timbalan Ketua Eksekutif PROTON Holdings Bhd

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Datuk Lukman Ibrahim meletak jawatan selaku Timbalan Ketua Eksekutif PROTON Holdings Bhd, selepas menerajui syarikat kereta nasional itu lebih setahun.

PROTON Holdings, dalam satu kenyataannya berkata, peletakan jawatan orang kanan kepada Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil itu, berkuat kuasa pada 29 Julai lalu.

“PROTON Holdings hari ini (semalam) ingin mengesahkan peletakan jawatan Datuk Lukman Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Eksekutif PROTON.

“Beliau juga turut meletak semua jawatan lain yang dipegangnya dalam syarikat kumpulan PROTON, berkuat kuasa 29 Julai 2013,” kata syarikat itu. - BH

No comments:

Post a Comment