My Add

Thursday 1 August 2013

Najib ucap terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan negara

 NAJIB Razak menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Mu'adz Bin Jabal, Abdullah Mohamed (kanan) pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Mu'adz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Datuk Seri Najib Razak hari ini merakamkan ucapan setinggi terima kasih terhadap khidmat bakti yang dicurahkan setiap anggota pasukan keselamatan bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Perdana Menteri berkata, Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun pada 31 Julai merupakan hari yang dikhususkan untuk rakyat Malaysia mengenang dan menghargai jasa mereka.

"Apatah lagi ketika peristiwa pencerobohan Lahad Datu (Sabah) masih segar di ingatan. Pengorbanan setiap anggota keselamatan yang gugur dan cedera di Lahad Datu, akan kami kenang sepanjang hayat dalam golongan wira-wira yang telah mempertahankan kedaulatan negara.

"Sambil kita sama-sama mengenang mereka yang gugur di perbatasan pada Hari Pahlawan ini, kenanglah jua nasib keluarga dan anak-anak mereka yang merintihi pemergian mereka setiap hari. Al-Fatihah," katanya dalam status terbaharu Facebook beliau hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment