My Add

Wednesday 28 August 2013

Ops Piramid II berjaya, 583 enggan pulang - MKN

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Seramai 2,796 daripada 3,379 rakyat Malaysia yang didaftarkan berada di Mesir berjaya dibawa pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid II yang berakhir hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, baki 583 rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut adalah atas keinginan dan pilihan mereka sendiri.

Ops Piramid II yang bertujuan membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir berikutan situasi keselamatan di negara tersebut telah berjaya dilaksanakan.

"Operasi ini yang bermula pada 21 Ogos dan berakhir pada hari ini merupakan satu usaha kerajaan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir terus diberi keutamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Thajudeen, kesemua rakyat Malaysia yang terlibat dalam operasi itu dibawa balik menerusi 49 penerbangan menggunakan perkhidmatan 13 syarikat penerbangan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment