My Add

Wednesday 28 August 2013

Pelaburan dalam negara cecah RM97.4 bilion - MIDA

Oleh AZMAN IBRAHIM

 *NOHARUDDIN Nordin (kiri) ketika mengumumkan prestasi pelaburan yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama tahun 2013 dalam satu sidang akhbar, di Ibu Pejabat MIDA di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama timbalan belia, Datuk Azman Mahmud. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Pelaburan yang diluluskan sepanjang separuh pertama 2013 di negara ini berjumlah RM97.4 bilion, melepasi prestasi yang telah dicapai dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaburan daripada sektor perkhidmatan telah menjadi penyumbang tertinggi dalam pelaburan ini diikuti sektor pengeluaran dan asas.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian pelaburan itu walaupun ekonomi dunia masih berada dalam persekitaran lemah.

Katanya, sektor perkhidmatan menyumbang pelaburan negara sebanyak 59.7 peratus atau RM58.1 bilion diikuti pengeluaran (23.1 peratus atau RM22.5 bilion) dan sektor asas sebanyak 17.2 peratus atau RM16.8 bilion.

Jelasnya, pelaburan separuh pertama turut menyaksikan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, namun jumlah projek sedikit menyusut, tetapi negara banyak menerima projek yang bernilai tambah tinggi.

"Kami yakin bahawa pelaburan sepanjang tahun ini berjaya melepasi jumlah pelaburan pada tahun lalu yang berjumlah RM167 bilion.

"Dalam tempoh separuh pertama, sebanyak 90,881 peluang kerja baharu berjaya diwujudkan dengan 2,652 projek telah diluluskan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan prestasi pelaburan separuh pertama 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment