My Add

Thursday 1 August 2013

Pemandu van mati ditembak

 * ANGGOTA polis memeriksa mayat N. Jeevendran yang ditembak di persimpangan Jalan Permai Utara di Parit Buntar, semalam.
PARIT BUNTAR, RABU, 31 Julai, 2013: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah di sini hari ini.

Dalam insiden kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, N. Jeevandran, 26, meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan di perut dan pinggangnya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Fauzi Mat Nayan berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai pemandu van kilang sedang menunggang motosikal dan dalam perjalanan ke rumah kakaknya di kawasan perumahan berhampiran.

Setibanya di tempat kejadian, katanya, mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.

"Kejadian yang menimpa mangsa disedari orang awam yang mendengar bunyi letupan sebanyak tiga kali sebelum seorang lelaki dilihat terbaring di atas jalan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menemui tiga kelongsong peluru dan pihaknya kini berusaha mengesan identiti suspek berkenaan dan motif pembunuhan itu.

Mangsa dipercayai adalah anggota Geng 04 dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment