My Add

Thursday 1 August 2013

Penglibatan ATM cermin komitmen Malaysia bantu masyarakat dunia

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) membawa matlamat dan mesej penting bukan sahaja kepada negara tetapi dunia amnya.

Ketua Staf Markas ATM, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keharmonian, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk menyokong penuh usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta masyarakat antarabangsa dalam memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.

"Penglibatan negara melalui misi operasi pengaman ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam membantu masyarakat dunia memelihara keamanan sejagat.

"ATM berbesar hati mendapat kepercayaan Brunei Darussalam untuk membenarkan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama-sama dalam pasukan kita melaksanakan misi di Lebanon.

"Walaupun jumlah ABDB tidak ramai, namun semangat dan kerjasama dua negara dalam satu pasukan mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Kumpulan Kedua Malaysian Company 8 (Malcoy 8) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini hari ini.

Kumpulan Kedua Malcoy 8 melibatkan 152 anggota ATM yang terdiri daripada 24 pegawai dan 128 anggota lain-lain pangkat termasuk dua anggota ABDB diketuai Leftenan Kolonel Hamdan Ismail.

Kumpulan Pertama Malcoy 8 yang diketuai Leftenan Kolonel (Dr.) Mohd. Rosli Majid telah tiba di tanah air pada 24 Julai lalu.

Majlis pembubaran Malcoy 8 akan dilaksanakan pada 5 Ogos ini di Kuantan, Pahang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment