My Add

Thursday 1 August 2013

Pengukuhan makro, fiskal diumum dalam Bajet 2014

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Kerajaan akan mendedahkan langkah untuk mengukuhkan kedudukan makro dan fiskal kerajaan dalam pembentangan bajet akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melihat pelbagai pilihan dasar bagi menangani perkara yang menarik perhatian dan kebimbangan yang wujud pada waktu ini.

"Kerajaan amat memahami keperluan untuk mengukuhkan kedudukan makro dan fiskal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan identiti baharu pasaran kewangan Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Najib diminta menjawab persoalan berkaitan penarafan agensi antarabangsa Fitch Ratings semalam yang menyemak turun penarafan kredit negara. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment