My Add

Thursday 1 August 2013

DUN Rungkup, Perak kekal milik BN

IPOH, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN ) Rungkup selepas menolak petisyen yang difailkan Pas, 13 Jun lalu.

Hakim Datuk Umi Kalthum membuat keputusan itu atas alasan petisyen yang difailkan calon Pas, Mohd. Misbahul Munir Masduki tidak mematuhi undang-undang yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Umi Kalthum turut mengarahkan Mohd. Misbahul membayar kos RM35,000 masing-masing kepada responden pertama iaitu ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden kedua. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment