My Add

Thursday 1 August 2013

Pingat Kedaulatan Negara untuk perwira

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Pingat Kedaulatan Negara (PKN) yang julung kalinya diperkenalkan hari ini dianugerahkan kepada anggota pasukan keselamatan negara yang cemerlang dalam melaksanakan tugas memerangi pencerobohan pengganas Kiram di timur laut Sabah sebelum ini.

Pingat yang berbentuk bulat dengan Jata Negara di hadapan manakala peta Sabah di belakangnya itu merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa bakti anggota tentera yang terlibat dalam insiden pencerobohan berkenaan.

Pemberian pingat itu diselenggara Kementerian Dalam Negeri.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pemberian pingat tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut perkhidmatan masing-masing selepas ini.

"Hampir 8,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melalui Op Daulat keseluruhannya iaitu kumpulan pertama pada Februari dan sebuah lagi tiga bulan kemudian.

"Saya percaya pingat ini mempunyai kekananan berbanding yang lain, justeru penerima perlu berbangga kerana memilikinya," katanya kepada pemberita dalam Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 20 pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) menerima pingat tersebut termasuk Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais ATM, Brigedier Jeneral Datuk Affendi Buang dan Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para), Leftenan Kolonel Aminullah Omar.

Dalam pada itu, salah seorang penerima, Staf Sarjan Mohd. Tarmizi Mohd. Isa, 36, berkata, dia bersyukur kerana segala pengorbanannya dan pasukan dihargai kerajaan.

Beliau berasa bertuah kerana dipilih untuk merasai suasana bertempur dengan pengganas, sekali gus membolehkannya mempraktikkan segala teori yang dipelajari sebelum ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment