My Add

Thursday 1 August 2013

Polis dedah gambar suspek utama kes bunuh pengasas AmBank

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Polis Kuala Lumpur hari ini mendedahkan gambar suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank (AmBank), Hussain Ahmad Najadi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah suspek utama kejadian pada Isnin lalu.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan supaya menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian itu, Hussain ditembak mati manakala isterinya cedera di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini. - BH

No comments:

Post a Comment