My Add

Tuesday 27 August 2013

Saya serahkan kepada perwakilan - Isa Samad

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menyerahkan nasibnya kepada kebijaksanaan perwakilan dalam usahanya merebut salah satu jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Oktober ini

Beliau percaya setiap perwakilan amat mengenali semua calon yang bertanding serta tahu prestasi masing-masing.

"Saya serahkan kedudukan serta nasib saya kepada perwakilan," katanya ketika ditanya mengenai peluangnya merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Kumpulan FGV di Dewan Perdana Felda di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment