Tiga mangsa nahas masih dirawat di HPSF
MUAR, RABU, 28 Ogos, 2013: Angka kematian dalam nahas kenderaan pelbagai guna merempuh treler di Bukit Kangkar awal pagi ini masih lima orang dan bukannya tujuh, menurut Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr. Selahuddin Abd. Aziz.
Beliau berkata, tiga beradik yang terlibat dalam nahas itu masih dirawat hospital berkenaan iaitu Siti Nur Ain Abdul Rahim, 21; Siti Nur Shuhada, 20, dan Siti Hajar, 30. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment