My Add

Thursday 1 August 2013

Tindakan segera perlu untuk banteras jenayah serius - Najib

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa dalam memerangi jenayah serius bagi mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata terserah kepada polis untuk meminta kerajaan apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam memerangi jenayah serius.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan dengan jenayah serius ini berterusan. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam," katanya dalam status Facebooknya hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment