My Add

Tuesday 27 August 2013

TPM hadir majlis Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar

PUTRAJAYA, SELASA, 27 Ogos, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan kira-kira sejam untuk menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dataran Gemilang di sini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di dataran itu sejurus selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Pendidikan di Dewan Sri Siantan dekat sini pada kira-kira 1 tengah hari, disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta beberapa menteri kabinet.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ribuan warga Putrajaya membanjiri kawasan Dataran Gemilang untuk turut bersama dengan Timbalan Perdana Menteri bagi memeriahkan majlis itu, dan menikmati pelbagai juadah Hari Raya yang disediakan di puluhan gerai yang mengambil bahagian.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas oleh beberapa artis tempatan yang diundang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment