My Add

Thursday 1 August 2013

Wanita rakam video Aidilfitri bersama anjing direman 2 hari

SEGAMAT, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan wanita jurulatih anjing, Maznah Mohd. Yusof, yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk 1 Hari Di Hari Raya ditahan reman selama dua hari.

Wanita berusia 38 tahun itu yang ditahan di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira pukul 3 petang semalam, dibawa ke Mahkamah Majistrer Segamat awal pagi ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Segamat, Mohd. Anuar Ostadi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment