My Add

Wednesday, 4 September 2013

4 rumah kedai, sebuah gerai musnah kebakaran di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, RABU, 04 September, 2013: Empat buah rumah kedai dan sebuah gerai makan musnah dalam kebakaran di Jalan Teluk Ramunia-Sungai Rengit dekat Pengerang awal pagi tadi.

Kedai yang musnah dalam kejadian 3 pagi itu ialah kedai perabot, kedai runcit, kedai menjual motosikal, sebuah restoran serta sebuah gerai makan yang terletak bersebelahan deretan kedai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd. Fadli Ismail berkata, turut terbakar ialah sebuah Proton Iswara.

Para penghuni premis berkenaan sempat menyelamatkan diri, katanya dan menambah punca kebakaran sedang disiasat.

Mohd. Fadli berkata, hampir 70 peratus daripada premis-premis tersebut dijilat api ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 3.30 pagi. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment