My Add

Monday, 2 September 2013

804 rakyat Iraq terkorban sepanjang bulan lalu

BAGHDAD, ISNIN, 02 September, 2013: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan seramai 804 rakyat Iraq terkorban dan lebih 2,000 lagi cedera sepanjang Ogos lalu, ekoran keganasan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini di negara tersebut.

Kebanyakan mereka merupakan orang awam yang telah ditembak atau pun dibom dalam serangan yang didakwa didalangi oleh kumpulan al-Qaeda.

Bagaimana pun, bilangan mereka yang terkorban pada bulan lalu rendah berbanding bulan Julai yang mencatatkan jumlah kematian sebanyak 1,057 orang, jumlah tertinggi sejak tahun 2008. - Reuters/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment