My Add

Tuesday, 3 September 2013

Bazlan cabar Ku Li sebagai Ketua UMNO Gua Musang?

Oleh JAZALY AMRY JAAFAR

GUA MUSANG, ISNIN, 02 September, 2013: Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin memberi gambaran mahu bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Gua Musang yang telah disandang Tengku Razaleigh Hamzah sejak 51 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Online, Bazlan berkata, beliau akan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dan pemimpin UMNO di situ terlebih dahulu dan jika menerima respon positif maka dia akan menghantar borang pencalonan pada 28 September ini.

"Tengku Razaleigh sudah memegang jawatan itu cukup lama dan telah menabur bakti kepada rakyat di sini tetapi jika ada sokongan daripada ahli UMNO sendiri maka saya mungkin akan merebut jawatan itu.

"Saya tidak melihat ia satu tentangan terhadap beliau tetapi cuma mengikut arus politik semasa terutama perubahan dalam UMNO yang menjadi keutamaan sekarang," kata Bazlan ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa jawatan yang disandang Tengku Razaleigh itu akan dicabar oleh beberapa nama termasuk Bazlan.

Beberapa sumber seperti dilaporkan berkata, ramai ahli UMNO Gua Musang menyokong sekiranya jawatan tersebut diberi kepada pemimpin muda untuk memastikan UMNO lebih diterima keseluruhan masyarakat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment