My Add

Tuesday, 3 September 2013

Dialog dengan Anwar hanya buang masa - Shafie Apdal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Sept., 2013: Sebarang usaha berdialog dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu-isu kebangsaan dilihat hanya membuang masa kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tiada keperluan bagi kerajaan untuk berbuat demikian memandangkan terdapat banyak dasar sedia ada berpaksikan rakyat untuk dilaksanakan.

"Tidak perlu berdialog dengan Anwar. Daripada berdebat dengan kerajaan, Anwar kena selesaikan dahulu isu air di Selangor.

"Kita tidak perlu melayan sangat kehendak Ketua Pembangkang ini," katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini.

Mohd. Shafie mengulas cadangan Anwar supaya diadakan dialog terbuka antara kerajaan dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment