Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, AHAD, 01 September, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang dengan kegiatan jenayah komersial di negara ini, berikutan statistik nilai kerugian berpunca akibat kegiatan itu sudah mencecah lebih RM1.047 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Jumlah tersebut merekodkan peningkatan tinggi berbanding lebih RM1.619 bilion dicatatkan bagi tempoh sepanjang tahun lalu.
Statistik juga menunjukkan purata 50 tangkapan dicatatkan sehari manakala purata RM37 juta kerugian membabitkan jenayah komersial dilaporkan kepada PDRM dalam seminggu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, kes jenayah komersial paling banyak dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Julai lalu ialah tipu iaitu iaitu sebanyak 6,773 kes dengan kerugian berjumlah RM391,473,697.
Beliau berkata, jenayah komersial lain dilaporkan adalah pecah amanah jenayah iaitu 1,545 kes membabitkan kerugian RM613,864,355, 61 kes salah guna harta dengan curang (RM1,222,115), 163 kes jenayah siber (RM2,790,842), 105 kes pemalsuan (RM25,930,957), 152 kes wang palsu (RM31,010) dan satu kes Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) tetapi tiada kerugian dicatatkan.
Katanya, jenayah komersial lain dilaporkan ialah 287 kes di bawah Akta Peminjam Wang (APPW) atau ah long yang mencatatkan kerugian RM1,737,870, sebanyak 603 kes Akta Penapisan Filem (tiada kerugian) dan 70 lain-lain kes (RM10,080,500).
"Secara keseluruhannya, terdapat 9,729 kes jenayah komersial dicatatkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 18,386 kes dicatatkan sepanjang 2012.
"Walau bagaimanapun, kita bimbang kerana nilai kerugian dicatatkan dalam tempoh tujuh bulan pertama itu mencatatkan peningkatan tinggi iaitu RM1,047,131,348. Jumlah itu hanya kurang 5.9 peratus atau RM572,304,501 berbanding RM1,619,435,850 dicatatkan bagi tempoh 12 bulan pada tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Tajuddin, tanpa menggunakan modal dan hanya berkenalan menerusi internet misalnya, penjenayah didalangi suspek warga tempatan dan asing terutama Nigeria mampu mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit melalui penipuan menggunakan perkhidmatan menjual barangan di laman web jual beli tempatan dan laman sosial Facebook.
Beliau berkata, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sudah ada 593 kes penipuan menerusi laman web tersebut dilaporkan dengan nilai kerugian sebanyak RM1,371,166.
Katanya, penipuan Facebook pula mencatatkan 207 kes dengan nilai kerugian RM659,758.
"Ramai yang terpedaya membeli barang melalui laman web berkenaan kerana tertarik dengan harga murah yang ditawarkan dan tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai untuk membeli barang tersebut.
"Mangsa hanya menyedari mereka ditipu setelah mendapati barang yang sampai ke rumah tidak berkualiti, barang dipesan tidak sampai walaupun selepas membuat pembayaran, menerima barang lain daripada yang dipesan misalnya pesan telefon bimbit tetapi dapat lesung batu dan barang dibeli rupanya barangan curi," ujarnya.
Tajuddin berkata, bagi kes penipuan cinta siber melalui Facebook didalangi warga Afrika pula, kes seumpama itu tidak pernah berkurangan walaupun sudah banyak kali wanita dan lelaki dilaporkan menjadi mangsa.
Beliau berkata, pihaknya menerima purata tiga kes penipuan cinta siber setiap hari membabitkan kerugian bernilai puluhan ribu ringgit.
Katanya, mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan luar negara seperti Australia, Singapura serta Amerika Syarikat yang mudah terpedaya kerana suspek bijak bermain kata cinta dan membuat dokumen sokongan pihak berkuasa palsu bagi menyakinkan mangsa. - UTUSAN
![]() |
| Tajuddin Md. Isa |

No comments:
Post a Comment