Lelaki warga Bosnia mendakwa dipergunakan untuk dapatkan sperma anak berkualiti
KUALA LUMPUR, SELASA, 03 September, 2013: Seorang lelaki Bosnia menyaman bekas kekasihnya dengan menuntut ganti ruti RM600,000 kerana mendakwa dipergunakan untuk mendapatkan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah berkualiti tinggi.
Plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, seorang penduduk tetap yang bekerja sebagai pengarah komersial di syarikat tempatan memfailkan saman itu pada Jumaat lalu melalui firma guaman, Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini. - BH
No comments:
Post a Comment