My Add

Wednesday, 4 September 2013

Makmal Forensik PDRM terima sijil ISO

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR, RABU, 04 September, 2013: Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Standard Malaysia menerusi sijil MS ISO/EC 17025:2005 untuk sistem pengurusan kualiti makmal berkenaan.

Skop akreditasi sijil tersebut meliputi data bank ujian asid deoksiribonukleik (DNA), balistik, pemeriksaan kenderaan dan bahagian dokumen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganugerahan tersebut meletakkan PDRM pada satu tahap profesionalisme yang tinggi dalam memartabatkan keadilan jenayah.

"Setelah pelbagai cabaran dalam permohonan, kursus, bengkel, pemeriksaan dan beberapa aspek lain sejak 2009, akhirnya makmal forensik berjaya mendapat sijil ini pada 7 Mac lalu.

"Diharapkan pensijilan ini menjadi pendorong kepada lain-lain formasi PDRM dalam melaksanakan MS ISO ini mengikut bidang masing-masing," katanya pada majlis Pelancaran MS ISO/IEC 17025:2005 dan Penyerahan Kenderaan Forensik PDRM di Dataran Makmal Forensik, Maktab PDRM Cheras hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Pasukan Khas (Operasi dan Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment