My Add

Monday, 2 September 2013

Nicol juarai Skuasy Kebangsaan buat kali ketiga

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 September, 2013: Pemain no.1 dunia, Datuk Nicol David menjulang kejuaraan Kejohanan Skuasy Kebangsaan buat kali ketiga selepas menundukkan seorang lagi ratu skuasy negara, Low Wee Wern pada perlawanan akhir hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini, Nicol menang 11-8, 11-5, 7-11, 11-8.

Dalam bahagian lelaki, Ong Beng Hee muncul juara selepas mudah menundukkan pemain muda, Mohd. Nafiizwan Adnan 11-7, 11-9, 8-11, 9-11, 11-6. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment