My Add

Wednesday, 4 September 2013

Perhimpunan awam wajib ada permit polis - Mahkamah Rayuan

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, RABU, 04 September, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan, perhimpunan awam wajib mempunyai permit polis kerana seksyen tertentu menghendaki permit dikeluarkan di bawah Akta Polis 1967, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu dinyatakan dalam keputusan majoriti 2-1 panel tiga hakim ketika menolak rayuan lima bekas penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram di perkarangan Masjid Negara, 12 tahun lalu.

Mereka ialah Nik Norhafizi Nik Ibrahim dan Ahmad Kamal Abdul Hamid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zulkefle Idris dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Rafzan Ramli dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Khairul Amal Mahmud dari Universiti Malaya (UM).

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mengetuai panel bersidang sependapat dengan Hakim Datuk Linton Albert ketika menolak rayuan mereka manakala Hakim Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer membuat keputusan menentang. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment