Oleh HISYAMUDDIN AYUB
SANDAKAN, SABTU, 01 Mac, 2014: Kerajaan membelanjakan RM5.46 bilion bagi melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara yang melibatkan 98 projek dan memberi manfaat kepada seramai 72,076 rakyat sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sehingga kini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesungguhan kerajaan menangani isu perumahan mampu milik dibuktikan lagi dengan penubuhan Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan tidak serius dalam perkara tersebut.
Katanya, majlis tersebut telah menetapkan beberapa perkara termasuk dasar perumahan negara, sasaran dan projek pembangunan yang ingin dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ke hadapan di seluruh negara.
"Penglibatan beberapa agensi kerajaan termasuk pihak swasta yang diletakkan di bawah satu badan merupakan satu langkah tepat bagi menyelaraskan segala projek perumahan mampu milik yang bertujuan menjaga kepentingan rakyat.
"Penubuhan majlis ini yang bermesyuarat buat pertama kali dua minggu lalu, jelas membuktikan kerajaan meletakkan isu perumahan negara ke satu tahap yang lebih tinggi bagi diuruskan secara lebih tersusun dan terancang seterusnya menjadi perhatian utama untuk dilaksanakan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan PPR Sungai Manila, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, selain mengharapkan segala projek pembangunan rumah mampu milik dapat dilaksanakan dengan sempurna pada masa hadapan, kerajaan turut menyediakan beberapa bentuk skim perumahan kepada rakyat termasuk yang terkini iaitu My Home.
Jelas beliau, skim perumahan yang disediakan oleh kerajaan itu memberi manfaat besar kepada penjawat awam dan golongan berpendapatan kecil atau sederhana di negara ini.
Sementara itu, kata beliau, kerajaan merancang membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun ke hadapan dan pada masa seterusnya yang melibatkan Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) dan pelbagai agensi swasta yang lain.
Jelas beliau, dana yang diberikan dalam bentuk separuh subsidi manakala harga selebihnya dibayar oleh pembeli mengikut harga berpatutan merupakan langkah kerajaan memastikan rakyat memiliki rumah mampu milik. - UTUSAN
![]() |
* MUHYIDDIN Mohd. Yassin (tiga dari kanan) ditemani Rahman Dahlan (empat dari kanan) dan Musa Aman (dua dari kiri) semasa mengadakan lawatan ke perumahan rakyat Sungai Manila dalam Majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Sandakan, semalam. - MINGGUAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesungguhan kerajaan menangani isu perumahan mampu milik dibuktikan lagi dengan penubuhan Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan tidak serius dalam perkara tersebut.
Katanya, majlis tersebut telah menetapkan beberapa perkara termasuk dasar perumahan negara, sasaran dan projek pembangunan yang ingin dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ke hadapan di seluruh negara.
"Penglibatan beberapa agensi kerajaan termasuk pihak swasta yang diletakkan di bawah satu badan merupakan satu langkah tepat bagi menyelaraskan segala projek perumahan mampu milik yang bertujuan menjaga kepentingan rakyat.
"Penubuhan majlis ini yang bermesyuarat buat pertama kali dua minggu lalu, jelas membuktikan kerajaan meletakkan isu perumahan negara ke satu tahap yang lebih tinggi bagi diuruskan secara lebih tersusun dan terancang seterusnya menjadi perhatian utama untuk dilaksanakan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan PPR Sungai Manila, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, selain mengharapkan segala projek pembangunan rumah mampu milik dapat dilaksanakan dengan sempurna pada masa hadapan, kerajaan turut menyediakan beberapa bentuk skim perumahan kepada rakyat termasuk yang terkini iaitu My Home.
Jelas beliau, skim perumahan yang disediakan oleh kerajaan itu memberi manfaat besar kepada penjawat awam dan golongan berpendapatan kecil atau sederhana di negara ini.
Sementara itu, kata beliau, kerajaan merancang membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun ke hadapan dan pada masa seterusnya yang melibatkan Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) dan pelbagai agensi swasta yang lain.
Jelas beliau, dana yang diberikan dalam bentuk separuh subsidi manakala harga selebihnya dibayar oleh pembeli mengikut harga berpatutan merupakan langkah kerajaan memastikan rakyat memiliki rumah mampu milik. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment