My Add

Sunday, 16 March 2014

Christopher enggan ulas

 Christopher
KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Mac, 2014: Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong 'mengelak' daripada memberi komen berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pernah mengulasnya pada Ahad lalu.

Christopher mendakwa, dia tidak boleh memberi komen mengenai perkara berkenaan kerana belum mendapat penghakiman kes tersebut yang menjelaskan kenapa mahkamah memutuskan untuk menyabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

"Kami tidak akan membuat komen mengenainya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam Ke-68 di sini hari ini.

Sebelum ini, Christopher menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Anwar akibat kes liwat sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut dilakukan atas 'dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Menurut Christopher, kesalahan di bawah Seksyen 377A (Kanun Keseksaan) yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan tersebut dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan laman web rasmi Majlis Peguam.

Berikutan itu Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mencabar Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil tindakan undang-undang ke atas Christopher kerana mengeluarkan kenyataan perlakuan liwat Ketua Pembangkang itu dilakukan atas dasar suka sama suka. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment