My Add

Sunday, 16 March 2014

Kebiadaban RBA berterusan

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Mac, 2014: Red Bean Army (RBA) diingatkan jangan bersikap kurang ajar serta tidak sensitif terhadap perasaan keluarga penumpang yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370.

Peringatan berkenaan dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kassim apabila kumpulan tentera siber propembangkang itu bertindak celupar mengatakan perkembangan kehilangan MH370 tidak perlu diberi liputan terlalu meluas di dalam televisyen.

Berikut adalah kenyataan Ruslan:

* Kita ingin mengingatkan RBA agar tidak bersikap kurang ajar serta tidak sensitif terhadap perasaan keluarga penumpang yang terlibat dengan kehilangan MH 370 apabila begitu celupar mulutnya mengatakan tidak perlu liputan yang terlalu meluas di dalam televisyen kerana menyukarkan mereka nak tengok cerita selain misteri kehilangan pesawat MH370.

* Sikap kurang ajar dan biadab juga diperlihatkan dalam bentuk foto Perdana Menteri dan isteri di tangga kapal terbang dengan catatan 'Wahai Tuhan, kalau kamu hendak nyawa, maka ambillah nyawa orang ini dan kembalikan MH370'.

* Pada saya, ini perilaku manusia yang tidak ada akal, hati perut, perasaan kemanusiaan dan adalah satu penghinaan kepada pemimpin utama negara yang telah dipilih melalui pilihan raya secara sah dan demokratik.

* Kepada RBA, kami hendak ingatkan kamu dengan falsafah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

* Sesungguhnya, semua orang harus akur bahawa segala yang sedang berlaku sekarang adalah dengan takdir Allah dan di luar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Sepatutnya RBA turut bersimpati dengan apa telah berlaku.

* Berat mata kita memandang dan telinga kita mendengarnya, berat lagilah bahu mereka memikulnya. Jadi, kita hendak ingatkan RBA kalau orang luar negara yang tiada kena-mengena dengan Malaysia pun turut bersimpati dan menghantar pelbagai bantuan inikan pula RBA yang kononnya rakyat Malaysia tetapi tidak punya hati dan perut sebab itulah tiada perasaan dan pertimbangan kemanusiaan apabila sampai tergamak mengeluar kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.

* Ingatlah, hari ini musibah kena pada orang lain. Mana tahu lain kali terkena batang hidung kita pula. Masa itu, RBA hendak cakap apa. Dengarlah nasihat orang tua iaitu benci jangan keterlaluan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment