Mei Fun puas hati kempen lancar
HULU LANGAT, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun melahirkan rasa puas hati terhadap program-program yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Menurutnya, jentera BN sentiasa memberi sokongan padu kepadanya untuk melakukan pelbagai program yang berkesan dan menyeluruh di kawasan DUN ini.
"Sehingga hari ini, saya amat berpuas hati dengan program kempen yang dilakukan, khususnya untuk penduduk di Kajang.
"Penerimaan penduduk di Kajang juga amat menggalakkan dan terima kasih diucapkan kepada anda semua," katanya di sini hari ini.
Mei Fun sebelum itu menghadiri majlis perasmian Program Khidmat Masyarakat Pusat Dalam Komuniti (PDK) Orang Kurang Upaya (OKU) Semai Bakti anjuran Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
Selain itu, Mei Fun memberitahu, sekiranya beliau menang Ahad ini, maka kelebihannya sebagai ahli politik sepenuh masa bakal memberinya keyakinan untuk memacu pembangunan di Kajang.
"Kekuatan sebagai ahli politik sepenuh masa membolehkan saya sentiasa peka dengan masalah rakyat, sekali gus menyelesaikan pelbagai masalah setempat.
"Untuk menjadi wakil rakyat, seseorang calon itu perlu berani turun padang dan bersemuka dengan penduduk bagi mendengar dan memahami masalah mereka," ujarnya.
PRK DUN Kajang menyaksikan Mei Fun mencabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment