![]() |
* MUHYIDDIN Yassin bersama Chew Mei Fun (tiga dari kanan) bersama penduduk di Sungai Chua, Kajang, semalam. - BERNAMA |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka juga tidak bersetuju Anwar mahu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang semata-mata untuk membolehkannya menjadi Menteri Besar Selangor.
"Mereka kata kenapa perlu orang Pulau Pinang datang menjadi Menteri Besar Selangor. Apa kurangnya orang Selangor untuk memimpin negeri ini? Apatah lagi, mereka kata Anwar sangat sibuk, hari ini beliau berada di Jepun dan esok akan berada di Amerika Syarikat (AS).
"Macam mana Anwar hendak menjaga orang di Kajang? Suruh Datin Paduka Chew Mei Fun jaga lagi baik," katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk dan peniaga di sekitar Jalan Kwan Tung, Sungai Chua, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Mei Fun yang merupakan calon BN dalam PRK DUN Kajang.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, dalam pertemuan dengan penduduk dan pemimpin persatuan khususnya yang mewakili masyarakat Cina di Sungai Chua, beliau yakin ada perubahan yang begitu ketara dari segi sokongan masyarakat Cina di sini kepada BN.
Beliau berkata, ada antara mereka yang secara bersungguh-sungguh menyatakan akan memberikan sokongan kepada calon BN dalam PRK DUN Kajang nanti.
"Ini membuktikan sebahagian masyarakat Tionghua bersikap pragmatik. Mereka mungkin tidak bersetuju pilihan raya diadakan. Saya juga percaya mereka tahu latar belakang Anwar. Mereka mahukan seorang wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah penduduk di Kajang.
"Bagi mereka, Mei Fun adalah calon yang tepat, bukan kerana beliau orang Cina tetapi kerana beliau adalah tokoh terkenal dalam MCA dan dalam kalangan masyarakat Cina. Mei Fun adalah seorang yang ada pendirian dan banyak pengalaman serta diyakini boleh menjalankan tugas ADUN Kajang dengan baik," ujarnya.
Kerusi DUN Kajang kosong apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN kawasan itu pada 27 Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment