My Add

Monday, 24 March 2014

Serangan di Thailand, 4 cedera

 * BEBERAPA orang penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di khemah mereka di Taman Lumpini di tengah Bangkok, kelmarin. - AFP
BANGKOK, SABTU, 22 Mac, 2014: Kira-kira empat orang cedera dalam beberapa serangan bom tangan di kawasan-kawasan pelancongan di utara Thailand yang disifatkan oleh polis, hari ini mempunyai kaitan dengan krisis politik di negara ini.

Serangan-serangan di Chiang Mai, malam tadi itu berlaku beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan mengisytiharkan pilihan raya umum negara ini pada 2 Februari lalu sebagai tidak sah, sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kerajaan.

Sasaran serangan tersebut merupakan sebuah restoran makanan laut, sebuah stesen minyak dan sebuah kilang arak yang sebelum ini dikritik kerana mempunyai kaitan dengan keluarga penunjuk perasaan antikerajaan.

Komander Polis Wilayah Chiang Mai, Grit Gitilue berkata, empat orang cedera dalam kejadian tersebut, namun mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

‘‘Kami melihat dua kemungkinan motif serangan tersebut, iaitu yang pertama melibatkan masalah peribadi dan kedua ialah politik. Kami lebih melihat kepada motif politik,’’ katanya.

Polis berkata, dua bom tangan turut dilemparkan berdekatan lokasi demonstrasi antikerajaan di Chonburi, wilayah timur Thailand, malam tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan tersebut memberi tamparan hebat kepada usaha kerajaan menarik semula kedatangan pelancong ke negara ini, selepas perintah darurat ditarik balik di Bangkok, ekoran ketegangan akibat krisis politik yang menyaksikan 23 orang maut, semakin berkurangan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment