My Add

Sunday, 16 March 2014

Wan Azizah digesa ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Mac, 2014: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong ekoran kenyataannya yang menyatakan perlakuan liwat Ketua Pembangkang itu dilakukan atas dasar suka sama suka.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, Wan Azizah terutamanya perlu berbuat demikian jika percaya Anwar telah dianiayai oleh kerajaan.

"Kenyataan Christopher itu seperti mengesahkan bahawa Anwar memang melakukan perbuatan itu. Maka Wan Azizah layak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dia percaya suaminya telah dianiaya.

"Dia berceramah siang malam di Kajang kata terpaksa pikul tanggungjawab kerana orang lain menganiaya suaminya. Dia menggambarkan dirinya sebagai isteri malang bukan oleh perbuatan suaminya tetapi kerana kerajaan Malaysia," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Zamil mengulas gesaan yang dibuat oleh Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip sebelum ini berhubung kenyataan Majlis Peguam itu.

Pada Ahad lalu, menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan di laman web rasmi Majlis Peguam, Christopher menyifatkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan ke atas Anwar sebagai tidak wajar kerana perbuatan liwat tersebut dakwanya 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment