My Add

Wednesday 7 March 2012

1MDB meterai niaga janji Tanjong Energy

KUALA LUMPUR, RABU,07 Mac, 2012: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengambilalih Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) sebagai pelaburan strategik jangka panjang. 

1MDB memeterai perjanjian definitif Jumaat lepas berhubung pembelian ekuiti dengan nilai RM8.5 bilion.

"Transaksi itu tertakluk kepada kelulusan pembiayaan dan peraturan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, berkata pengambilalihan itu menandakan langkah pertama hasrat strategik 1MDB ke arah memenuhi keterjaminan tenaga jangka panjang negara. 

"Tenaga ialah antara bidang fokus teras untuk 1MDB, dan TEHSB adalah pengambilalihan yang berharga. Kami tertarik dengan rekod operasi kukuh TEHSB, portfolionya yang pelbagai aset berkualiti, keupayaan dalaman yang mantap dan potensi untuk pertumbuhan baharu di dalam dan luar negara," katanya. 

1MDB juga berhasrat untuk meningkatkan kapasiti TEHSB sebagai pasaran baru muncul pengeluar kuasa bebas. 

Goldman Sachs (Malaysia) Sdn Bhd dilantik untuk bertindak sebagai penasihat kewangan kepada 1MDB untuk transaksi itu. 
TEHSB dimiliki individu kedua terkaya Malaysia, Tan Sri T Ananda Krishnan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment