My Add

Saturday 24 March 2012

Dua nelayan hilang ditemui mati lemas

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

BALIK PULAU, SABTU, 24 Mac, 2012: Dua nelayan yang dikhuatiri hilang semalam ditemui mati lemas di pesisiran pantai Pasir Panjang di sini hari ini selepas bot kecil yang dinaiki mereka terbalik.

Mayat Khoo Thiam Kit, 55, ditemui pukul 5.30 pagi ini manakala rakannya, Foo Yoon Seng, 66, dijumpai kira-kira lima jam kemudian pada pukul 10.45 pagi oleh unit penyelam Bomba dan Penyelamat negeri.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari jeti berkenaan.

Thiam Kit dan Yoon Seng dikatakan keluar menangkap ikan dari jeti Pulau Betong ke pantai Gertak Sanggul, Teluk Kumbar kira-kira pukul 10 pagi semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment