My Add

Thursday 8 March 2012

KDN tidak puas hati kenyataan The Star

KUALA LUMPUR, RABU. 07 Mac, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star berhubung penyiaran gambar artis luar negara, Erykah Badu yang tubuhnya tertera tatu kalimah Allah menerusi sisipan akhbar itu pada 27 Februari lalu.

Justeru, Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam hari ini menuntut akhbar itu mengemukakan cadangan kepada kementerian tindakan yang lebih tegas bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang dan dapat dijadikan pengajaran pada masa depan.

"Susulan itu, KDN ingin menegaskan supaya media mengambil tindakan pencegahan, pembetulan dan berinformasi bagi mengelakkan sebarang paparan kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment