My Add

Thursday 15 March 2012

Kempen daftar undi di Serdang

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan My Agro Hypermart akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih 'Kenduri Jom Daftar Undi' dari 31 Mac hingga 1 April ini di Dewan Pameran D, Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Kempen ini diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan orang ramai untuk mendaftar serta menukar alamat tempat mengundi.

Pengarah Urusan Rukun Saksama Sdn. Bhd., My Agro Hypermart, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, orang ramai yang berada di sekitar Lembah Klang dijemput hadir untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab itu, sekali gus menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

"Selain itu, pemeriksaan tekanan darah oleh Pusat Darah Negara dan perkongsian maklumat tentang kesihatan oleh pihak Yakult juga bakal diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan sistem imunisasi badan manusia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment