My Add

Tuesday 13 March 2012

Kes bunuh, bakar: MAIJ bantu urus jenazah Dirang

PASIR GUDANG, SELASA, 13 Mac, 2012: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan.

"MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia.

Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes itu beragama Islam kerana Islam sendiri sentiasa mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama insan.

"Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment