My Add

Tuesday 20 March 2012

Kes Tengku Fakhry saman akhbar dibicara Mei depan

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 dan 3 Mei depan bagi perbicaraan kes saman fitnah adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap akhbar Malay Mail dan tiga yang lain berhubung satu artikel yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof ketika pengurusan kes itu di kamar beliau hari ini.

Peguam Datuk AS Dhaliwal yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry memberitahu pemberita, anak guamnya itu akan memberikan keterangan selaku saksi utama kes itu.

Selain itu, kata Dhaliwal, peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan pengawal peribadi Tengku Muhammad Fakhry juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Tengku Muhammad Fakhry dalam samannya menuntut antara lain ganti rugi RM50 juta kerana artikel tersebut mengaitkannya dengan kes tembakan ke atas pengawal istana, Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment