My Add

Wednesday 7 March 2012

Muhyiddin serah cokmar sempena Konvokesyen IPG

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan Cokmar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Rektor IPG, Datuk Dr Haili Dolhan (kanan) pada majlis penyerahan cokmar berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, RABU, 07 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan Cokmar sempena konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyerahkan cokmar itu kepada Rektor IPG, Datuk Dr Haili Dolhan.
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.
Majlis konvokesyen kedua IPG dijadual berlangsung pada 13 dan 14 Mac depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Seramai 2,400 graduan ambilan Januari 2008, dijangka menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment