My Add

Monday 12 March 2012

NFCorp: Salleh Ismail didakwa pecah amanah RM49.7 juta


PENGERUSI Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (tengah) keluar meninggalkan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan empat kes pecah amanah dan Akta Syarikat membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta. - Foto Yong Chee Choong

Oleh SITI NOORALINA AHMAD

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta milik syarikat tersebut.

Tertuduh didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membiayai 2 unit kondominium, manakala sebanyak RM40 juta dengan memindahkan ke dalam akaun syarikat milik keluarganya, National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Akta Syarikat 2001 iaitu melakukan kedua-dua perbuatan tersebut tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan jaminan RM500,000 bagi kesemua pertuduhan dan memutuskan 13 April ini sebagai tarikh sebutan kes. 

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir bersama suaminya serta ahli keluarga yang lain. – UTUSAN


No comments:

Post a Comment