My Add

Sunday 11 March 2012

Pembangkang dibidas kerana kelirukan rakyat

PENAMPANG, AHAD, 11 Mac, 2012: Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok membidas parti pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat dengan memberi kenyataan yang terpilih atau laporan yang tidak tepat untuk meraih sokongan.

Beliau berkata, kebanyakan kenyataan mereka tidak mencerminkan gambaran sebenar dan maklumat penuh tentang dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat.

"Apa akan jadi apabila rakyat disajikan dengan laporan tidak tepat. Mereka akan menjadi keliru....dikelirukan dengan laporan yang tidak betul sehingga mereka tidak dapat membuat pilihan yang tetap (terutama dalam pilihan raya umum),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Sepakat Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Buhavan Square, di sini, malam tadi.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, rakyat kini “dibanjiri maklumat” yang disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk media baru, blog dan laman sosial yang adakalanya mempengaruhi pemikiran rakyat.

Oleh itu, beliau berharap Komuniti 1Malaysia di bawah naungan Jabatan Penerangan dapat membantu kerajaan menangkis isu negatif yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

"Anda lah saluran yang dapat menyebarkan maklumat yang tepat kepada rakyat, dan program seumpama ini amat dialu-alukan dan diharap dapat dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia,” kata beliau.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment