My Add

Thursday 8 March 2012

Perodua, Petronas Dagangan meterai niaga janji RM225j

KUALA LUMPUR, KHAMIS. 08 Mac, 2012 Perodua dan Petronas Dagangan Bhd telah memeterai niaga janji RM225 juta untuk membekalkan kepada Perodua minyak pelincir dalam tempoh lima tahun, kata Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata, kontrak itu yang dikenali sebagai “Perodua Genuine Oil”, akan menyaksikan syarikat pengeluar kereta negara kedua itu menggunakan minyak gred “Petronas SL/SM” bernilai RM45 juta di semua cawangan servisnya seluruh negara setahun untuk lima tahun, berkuat kuasa serta-merta.

Aminar Rashid berkata, niaga janji itu menguatkan lagi keyakinan Perodua terhadap kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan Petronas Dagangan.

"Sejak 30 tahun lepas, Petronas Dagangan telah berkembang pesat menjadi syarikat pelincir kedua terbesar Malaysia dalam pasaran yang amat berdaya saing.

"Kami berhasrat menjadi nombor satu di Malaysia menjelang 2015 menerusi inisiatif pemasaran berkesan, disokong oleh pakar teknologi kami dan sokongan kukuh daripada rakan global strategik kami,” kata beliau. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment