My Add

Thursday 15 March 2012

Rundingan air Selangor masih buntu - Peter Chin Fah Kui

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Rundingan air antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan terus mengalami kebuntuan sekiranya kerajaan negeri berkenaan tidak bersedia untuk mengasingkan isu urusan penstrukturan semula bekalan air negeri daripada pembinaan loji rawatan air Langat 2, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor perlu mengasingkan isu penstrukturan semula bekalan air negeri daripada projek loji rawatan air Langat 2 kerana ia dua perkara yang sama sekali berbeza.

"Kerajaan Selangor tidak seharusnya mengaitkan kelulusan untuk membina loji rawatan air Langat 2 dengan urusan penstrukturan semula bekalan air negeri yang sedang dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Langat 2 adalah perkara lain. Ia sebuah projek prasarana yang perlu dilaksanakan. Ia bukan suatu perjanjian komersial. Sekiranya (Selangor ) membenarkan Langat 2 dibina, siapa yang akan mengendalikannya, boleh dirundingkan kemudian. Ini tidak menjadi isu,” katanya dalam wawancara dengan pemberita di sini, hari ini.

Fah Kui berkata, sekiranya Kerajaan Selangor terus enggan mengasingkan dua isu itu, kesannya akan ditanggung lebih sejuta penduduk di Lembah Klang apabila berlaku kekurangan teruk bekalan air pada 2017.

"Tiga projek tebatan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan sekarang akan hanya dapat menyara bekalan air untuk kita hingga 2017, tiga tahun lebih lama daripada jangkaan awal berlakunya kekurangan bekalan pada 2014,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment