My Add

Friday 9 March 2012

SBPA: Kerajaan BN responsif kepada kehendak masyarakat

KUALA LUMPUR. KHAMIS, 08 Mac, 2012: Langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap kehendak masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat, ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai balik (SBPA),” katanya selepas merasmikan set tren MyKomuter yang operasinya bermula hari ini.

Muhyiddin berkata, cadangan SBPA itu telah dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi selepas ia diteliti semula kerajaan mendapati ada beberapa perkara dalam skim itu yang perlu dipinda. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment