My Add

Thursday 15 March 2012

SPAD diminta timbang lesen khas untuk duta teksi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Kementerian Pelancongan meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mempertimbangkan pemberian lesen teksi pelancongan kepada pemandu teksi yang memberikan perkhidmatan cemerlang sebagai duta teksi. 

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata dengan pemberian lesen berkenaan, duta teksi tersebut dapat memperkenalkan pusat pelancongan di seluruh negara kepada pelancong asing dan tidak terbatas hanya di Lembah Klang.

"Buat masa ini hanya pemandu teksi eksekutif saja yang boleh membawa penumpang termasuk pelancong asing ke mana-mana destinasi di seluruh negara dan teksi bajet tidak dibenarkan berbuat demikian.

"Misalnya jika seseorang pelancong ingin ke negeri lain dari Kuala Lumpur, mereka hanya boleh menggunakan perkhidmatan teksi eksekutif dan ini tidak adil kepada teksi bajet yang dihadkan operasi mereka di sekitar Lembah Klang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Duta Teksi Pelancongan di Pusat Pelancongan Malaysia di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, katanya lesen teksi pelancongan itu hanya perlu dikeluarkan kepada pemandu teksi bajet yang menjalankan tugas sebagai duta teksi secara cemerlang bagi menggelakkan lesen itu disalahgunakan. 

"Justeru kita harap cadangan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan atau duta teksi yang terpilih dapat kebenaran berupa pas harian untuk membawa pelancong mengenali pusat pelancongan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment