My Add

Saturday 24 March 2012

SPR perlu baiki kemudahan mengundi untuk OKU

KUALA LUMPUR, SABTU, 24 Mac, 2012: 24 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menambah baik kemudahan mengundi untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan golongan itu dapat mengundi dengan sempurna.

Presiden Majlis Gabungan Persatuan OKU Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar berkata, sebagai warganegara Malaysia, golongan OKU mempunyai hak untuk mengundi sama seperti mereka yang normal.

"Sekiranya kemudahan disediakan tidak mencukupi, hak OKU sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi akan terhalang disebabkan keupayaan kami yang terbatas," katanya.

Beliau yang cacat penglihatan berkata, terdapat tiga penambahbaikan utama yang perlu dilakukan. Pertama ialah pusat pengundian perlu disediakan dengan fasiliti yang mesra OKU.

"Pusat pengundian selalunya di sekolah dan balai raya, memerlukan lebih banyak fasiliti seperti ramp (tanjakan) bagi mereka yang berkerusi roda atau bertongkat, dan laluan lebih ringkas bagi OKU menuju ke saluran pengundian mereka.

"SPR tempatkan ramai pembantu tetapi kami perlukan persekitaran lebih bebas untuk bergerak. Pada masa depan pihak terlibat perlu bina bangunan yang punyai lebih banyak kemudahan OKU kekal, ini memudahkan SPR menjadikan pusat pengundian itu mesra OKU," katanya.

Mah Hassan berkata, keduanya ialah menyediakan kertas undi khusus untuk OKU cacat penglihatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment