My Add

Sunday 18 March 2012

UMNO Permatang Pauh yakin bersaing hebat

BUTTERWORTH, AHAD, 18 Mac, 2012: UMNO Permatang Pauh yakin mampu memberi tentangan hebat kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan sambutan masyarakat di situ terhadap Barisan Nasional (BN) sekarang.

Ketuanya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, penduduk kini mula memberi reaksi positif terhadap program anjuran UMNO berbanding empat tahun lepas.

"...kita boleh lihat reaksi atau bahasa tubuh mereka mereka yang semakin positif terhadap aktiviti-aktiviti parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO Permatang Pauh kini bekerja keras bagi merampas kembali kerusi Parlimen kawasan itu serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang, selain mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya yang disandang Datuk Arif Shah Omar Shah.

Kerusi Parlimen kawasan itu disandang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pembangkang turut menguasai DUN Penanti menerusi Datuk Mansor Othman (PKR) dan DUN Seberang Jaya, Datuk Salleh Man (Pas). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment