My Add

Friday, 29 June 2012

Kenyataan Mohamad bukan ugutan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Jun Kenyataan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai 'gantung' Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga pada perbahasan Dewan Rakyat Selasa lalu bukan bersifat , 2012:ugutan sebaliknya merupakan satu bentuk pertanyaan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata, berdasarkan pengetahuan dan budi bicara beliau, persoalan yang ditimbulkan oleh Mohamad itu bukan merupakan satu kesalahan serta tidak boleh dituduh di mahkamah.

"Tetapi kerana ia berlandaskan persoalan, jadi ia bukan satu kesalahan. Sri Gading tanya boleh ke tidak.

"Yang Al Maunah, ia sudah dihukum di mahkamah, yang ini (Ambiga), dia tanya boleh ke tidak. Sama ada menteri buat jawapan atau tidak, itu persoalan lain," katanya semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Wan Junaidi memberi reaksi berkenaan selepas Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menggunakan peraturan mesyuarat bagi meminta Mohamad menarik balik kenyataan tersebut.

Pada Selasa lalu, Mohamad ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 bagi Kementerian Dalam Negeri berkata:

"Tuan Pengerusi, kita masih ingat apabila Al-Maunah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, kita hukum gantung dia. Ingat cerita itu beberapa tahun yang lalu? Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia?"

Bagaimanapun, Wan Junaidi pada hari ini tetap meminta Mohamad supaya bangun serta menarik semula kenyataan beliau tempoh hari.

Mohamad kemudiannya bangun dan membidas Guan Eng yang disifatkannya sebagai seorang pembohong yang memutarbelitkan isu dan bersifat perkauman bagi melaga-lagakan beliau dengan masyarakat India.

"Berhubung kenyataan itu, kalau ia menyinggung perasaan rakan saya orang India, pemimpin MIC dan PPP dan demi menghormati semangat persefahaman Barisan Nasional (BN), saya menarik balik kenyataan saya semuanya," katanya.

Guan Eng kemudiannya dilihat terus meninggalkan dewan dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyambung perbahasan selepas itu menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai 'Raja Penghasut'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment